Tuesday, 6 September 2011

Cinta Itu Milik Ilahi

Entry kali ni hani nak bercerita tentang Jodoh Pertemuan...
hurmmm.. agak complicated sebenarnya tajuk entry ni.. mungkin setiap orang ade pendapat yg berbeza...

Ok... hani bercerita tentang Jodoh & Pertemuan ni berdasarkan pengalaman yg hani lalui, & juga experience org lain yg hani lalui bersama mereka...

Jodoh & pertemuan mmg hanya Allah SWT yg tahu.. dengan SIAPA... Pertemuan DIMANA...
Walaupun kita merancang, tapi qada & qadar Allah juga yg penentunya... Kita hanya mampu berdoa & berserah...

Kita selalu menyalahkan takdir..
Mengapa si polan itu tdk dijodohkan dgnku???... kenapa Allah berlaku tdk adil??.. Kenapa dia menipu aku??.. Apa salah aku???... Itu lah yg selalu kita fikirkan jika "Putus Cinta"... Sehinggakan kita sggup melakukan tindakan di luar kewarasan minda seorang manusia... Cuba membunuh diri.. menyalahkan diri sendri.. Menyalahkan org lain... Nauzubillah...
Ingatlah wahai saudara-saudara ku sekalian...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2:216)

Dahulu, Hani pernah mempunyai seorang teman lelaki di mana kami telah saling mengenali  agak lama... Disebabkan perkenalan kami agak lama & diketahui oleh org tua kami, maka hani menganggap dia lah JODOH hani... Hani mempercayai dia sepenuh hati.. Tdk pernah berlaku curang. Tdk pernah berkawan rapat dgn mana2 lelaki demi menjaga hubungan kami... tetapi akhirnya hubungan kami terputus disebabkan org ke 3... Dia berlaku curang... bertapa sakitnya hati menahan sedih, marah, benci, duka & kecewa hanya Allah yg tahu... Dgn bodohnya, hani mengambil tindakan mengelar pergelangan tangan, menghantukkan kepala ke dinding & cuba utk terjun bangunan... Tapi disebabkan Allah masih memberi ruang untuk hani bertaubat, hani masih bernafas sehingga hari ini... Lama untuk hani menyembuhkan luka di tipu org yg di sayangi... Berbulan hani menjadi seperti hilang arah...
Alhamdulillah, pada suatu malam masa hani sdg bersedih, hani terdengar mak hani sedang berdoa & menangis... Beliau memohon agar anaknya ini akan dilindungi Allah & mendapat jodoh yg terbaik... Dari situ, hani tersedar, bertapa bodohnya hani menangis & bersedih utk org yg tak pernah fikir akan perasaan kita...
Bermula pada malam itu lah, hidup hani berubah... hani mulakan dgn solat taubat.. bertapa byknya dosa yg hani dah lakukan dari yg kecik hinggalah yg besar... hani serahkan diri sepenuhnya pada Dia...
Alhamdulillah syukur, hani pulih sepenuhnya berkat doa yg dipohon...

MELUPAKAN..
Seterusnya, hani terus berdoa.. Pada setiap solat hani, hani sentiasa memohon "Ya Allah Ya Tuhanku, Aku mohon padaMU agar dipertemukan dengan seseorang yang mampu membuatkan aku melupakan si dia.. Walaupun pertemuan itu hanya sementera.."
Maha suci Allah, Dia memperkenankan doa hani sekali lagi... hani berjumpa & berkenalan dgn seseorang teman di kampus disebabkan oleh kerana "tersalah kirimsalam", maka kami berkenalan dgn rapat... Hani berkenalan dengan dia cuma sebulan, & akhirnya hubungan kami putus tanpa alasan yg kukuh.. tapi hani bersyukur, disebabkan berjumpa dgn dia, hani terus melupakan cerita cinta hani yg lama.. tiada lagi perasaan benci, dendam, marah dll...

TERUS MENANTI
Hari demi hari.. hani berkawan dgn semua yg ingin mengenali... Tiada sebarang perasaan untuk bercinta.. cuma ingin mengenali mencari keserasian....
Setiap hari hani berdoa agar dipertemukan jodoh yg terbaik...
& hani selalu berdoa " Ya Allah Ya Tuhanku, Jika dia bukan jodohku, Kau bawalah dia pergi jauh dari hati & pandanganku agar aku tdk berasa kehilangan.."
Sepanjang tempoh hampir 2 tahun, hani mengenali 2 org teman lelaki.. Sekali lagi, Allah membuktikan qada & qadar Nya bahawa mereka bukanlah jodoh untuk hani...

To be continue.............................

2 comments:

  1. yes akak...yang menanti di depan lebih baik..doakan adik juga begitu=)..
    moga bahagia selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. mudah2an adik... akak doakan adik bahagia. :D

      Delete